
Perintis dalam Mempelopori Pembangunan Lestari
Jun Cheng Development Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah termasyhur yang menawarkan perkhidmatan lengkap daripada rekaan sehingga penyiapan kerja. Ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat untuk menyediakan kemewahan yang mampu dinikmati kepada orang ramai yang bercitarasa tinggi, ia amat berbangga dengan kepuasan pelanggan yang terunggul.
Jun Cheng Development Sdn. Bhd. menjejaki asal usulnya kepada Jun Cheng Construction Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembinaan kepujian ramai yang ditubuhkan pada 28 September 2000 oleh 2 pengasas yang tersohor, iaitu Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Chong Baba, DPSM, JP serta rakan kongsinya Encik Poh Joon Teck, DPSM, JP.
Sebagai seorang yang beramanah dan pragmatik, Datuk Chong Baba telah terlibat dalam industri pembinaan sejak tahun 1984, mula-mulanya sebagai seorang pekerja pembinaan. Setelah memperoleh pengalaman yang mencukupi dan belajar selok belok perniagaan pembinaan, beliau menubuhkan syarikat Man Tai Construction Sdn. Bhd. pada tahun 1992, dan aktif membida semua jenis projek sejak itu.
Datuk Chong Baba merupakan seorang yang berwawasan, berani dan memiliki semangat keusahawanan yang luar biasa. Beliau bersedia memimpin dengan profesionalisme yang tiada tandingan dalam setiap projek yang dikendalikan.
Dengan kepimpinan yang menonjol serta perancangan yang menyeluruh oleh pengasas-pengasasnya, Jun Cheng telah berjaya menyiapkan pelbagai projek untuk para pelanggan, termasuk pembangunan kecil dan projek kerajaan yang besar. Didorongkan oleh cita-cita para pengasas, syarikat ini telah berkembang pesat, sehingga memiliki portfolio luas yang merangkumi pelbagai projek bermutu tinggi.
Setelah lama diuruskan oleh barisan bakat-bakat yang profesional dan disokong oleh sebuah sistem pengurusan projek canggih dan fleksibel yang mampu mencapai hasil positif tanpa mengira skala projek, Jun Chen Construction Sdn. Bhd. telah diiktiraf sebagai Syarikat Pembinaan G7 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada tahun 2006, dan menerima pensijilan ISO 9001 daripada Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) pada tahun 2010. Pencapaian ini telah memotivasi pihak pengurusan untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang lebih besar.
Dengan impian untuk membangunkan kediaman bermutu tinggi untuk semua, Lembaga Pengarah memutuskan untuk menceburi bidang pembangunan hartanah. Justeru, tertubuhlah sayap pemaju hartanahnya, Jun Cheng Development Sdn. Bhd.
Pada tahun 2012, syarikat yang kaya dengan pengalaman dalam industri pembinaan ini telah melancarkan projek pembangunannya yang pertama, iaitu Taman Machap Baru Indah yang berjaya disiapkan pada tahun 2014. Seterusnya, Jun Cheng Development Sdn. Bhd. telah membentuk suatu usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) pada tahun 2015 untuk membangunan Projek Pangsapuri Pertam Jaya Idaman di Semabok, yang merangkumi sebanyak 432 unit pangsapuri mampu milik, serta disiapkan sepenuhnya dan habis dijual pada tahun 2019.
Berpegang teguh kepada azam untuk mentakrif semula kediaman mampu milik tanpa berkompromi dari segi mutu, Jun Cheng Development Sdn. Bhd. dan Jun Cheng Construction Sdn. Bhd. akan sentiasa bekerjasasama untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar, sekaligus mentransformasikan industri ini untuk mencapai matlamat Pembangunan Lestari, demi terus menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada semua pihak berkepentingan.